Wednesday, August 1, 2012

~ Indahnya Ukhwah Fillah

~ Indahnya ukhwah kerana Allah. Yang tua dihormati yang muda disayangi. Jika tersilap langkah, indah tuturnya menasihati. Nasihat diberi tiada sedikit pun rasa benci. Madahnya lembut mudah disambut. Tegurnya disenangi maka yang silap juga terasa senang diperbaiki. 

Demikianlah kata padanya amarah. Pada kalam tersulam megah. Saat itu, gahnya diri suburnya benci. Jika menasihati, kalamnya mengguris hati, jadilah yang tua terasa hati, yang muda menjauh diri.



Nilaian Allah, manusia itu hanya hamba. Akan mulia dengannya taqwa. Jika berlaku silap sengketa, Maaf itulah rahsia damainya.

Jadilah orang yang dicintai nabi. Dendam , benci tiada di hati. Yang ada hanya kasih. Yang nista di balas dengan mesra. Yang kesat di balas dengan jalan selamat – diam. Malah menjadi pertama menghulur maaf, walau bukan mulakan khilaf. Pesan nabi, kata “maaf “ awali lah diri, walau egonya letaknya tinggi, biarkan saja ia melintasi. Usah di agung ego di hati. Jangan di biar meracun diri.

****



~Sempena bulan yang mulia ini, marilah kita didik diri kita agar menjadi orang yang pertama memulakan 'maaf' walau bukan kita yang pertama memulakan 'khilaf'... Sama-sama kita didik hati agar ikhlas menerima maaf. Moga tiada dendam, benci, amarah lagi yang tersisa di dalam hati. InsyaAllah~

2 comments:

izza 'izzati said...

assalamualaikum ukhti, izinkan saya copy tulisan akhti dekat http://www.iluvislam.com/tazkirah/nasihat/4711-ukhwah-itu-indah.html dan dekat atas itu ya,.. untuk dimuat naik dekat blog sya.. jazakallahu khairan ^_^

Ruhainah Radin As-sobahiyyah said...

Wa'alaikumussalam wrt.

Tafaddhali ya ukhti.. smg beroleh kebaikan dengannya. Insyaallah~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...