Monday, June 29, 2009

DIARI seorang Suami

Isteriku…
Apabila kusentuh telapak tanganmu…Ku usap-usap,ianya semakin kasar dan keras….Apabila kurenung wajahmu….Terpancar sinar bahagia dan ketenangan walaupun kutahu…Redup matamu menyimpan satu rintihan yang memberat….Apabila ku tersentak dari pembaringan dikala fajar kazib menyinsing… Aku terpana dek munajatmu yang syahdu.

Isteriku…

Tatkala teman-temanmu sedang bersantai di samping…Insan-insan tersayang di dunia ciptaan mereka..Engkau bahagia mengorbankan seluruh detik-detikmu…. Hanyasanya untuk Islam…Tatkala lengan-lengan mereka dibaluti…Pelbagai hiasan yang indah… Leher-leher mereka memberat dilingkari dengan kilauan barang kemas… Pakaian-pakaian mereka anggun persis puteri kayangan…Wajah mereka dipalit pelbagai warna dan jenama…Kau umpama ladang ummah…Kau menginfa’kan seluruh jiwa dan raga demi kebangkitan Islam…Kau tak pernah bersungut-sungut, mengeluh, meminta-minta mahupun mengadu domba…Tatkala mereka berlumba-lumba mengejar pangkat dan nama..Kau gah menjulang nama dengan pengaduanmu di sisi yang Esa…

Isteriku….

Bukan aku tidak mampu membelikan barangan dan hiasan-hiasan tersebut… Tetapi isteriku…Aku masih ingat tatkala aku menyuntingmu untuk dijadikan suri dan seri kamar hatiku….Kau melafazkan, "Saya sudi menjadi sayap kiri perjuangan saudara tetapi dengan syarat…"..Kau tersenyum sambil menghela nafas dalam-dalam….Aku termangu sendirian…Syarat apakah itu? Banglokah? Hantaran seribu serba satukah? Kereta mewahkah? Aksesori Habib Jewels kah? Barangan kulit Bonia kah? Perabot mahal dari Itali kah?…Atau honeymoon di Kota Paris kah?..Katakan… Aku mampu memberikan…Lamanya kau mengumpul kekuatan untuk berkata…

Akhirnya…Arghhh… Permintaanmu itu…Pasti ditertawakan oleh kerabat dan teman-teman kita…Aku tergamam serta kelu…Dengan penuh keyakinan kau berkata..

"Saudara, Mampukah saudara menjadikan saya sebagai isteri yang kedua saudara?…. Mampukah saudara menjadikan Islam sebagai isteri pertama saudara yang lebih perlukan perhatian?… Mampukah saudara meletakkan kepentingan Islam melebihi segala-galanya termasuklah urusan-urusan dunia?… Mampukah saudara menjual diri saudara semata-mata kerana Islam?.. Mampukah saudara berkorban meninggalkan kelazatan dunia?… Mampukah saudara menjadikan Islam laksana bara api… Saudara perlu menggenggamnya agar bara itu terus menyala. Mampukah saudara menjadi lilin yang rela membakar diri untuk Islam.. Bukannya seperti lampu kalimantang yang bisa di’on’kan bila perlu dan di’off’kan bila tidak. Mampukah saudara mendengar hinaan yang bakal dilontarkan kepada saudara kerana perjuangan saudara. Dan… Mampukah saudara menjadikan saya isteri seorang pejuang yang tidak dimanjai dengan fatamorgana dunia?…"

Aduh! Banyaknya syarat-syarat itu isteriku… Namun aku menerima syarat-syarat tersebut kerana aku tahu..Jiwamu kosong dari syurga dunia… Kerana aku tahu kau mampu mengubah dunia ini dengan iman dan akhlakmu..Bukannya kau yang diubah oleh dunia…

Isteriku..

Akhirnya jadilah engkau penolong setiaku sebagai nakhoda mengemudi bahtera kehidupan kita… Susah senang kita tempuh bersama…Aku terharu dengan segala kebaikanmu…Kau jaga akhlakmu… Kau pelihara maruahmu selaku muslimah… Kau tak pernah mengeluh apabila sering ditinggalkan dek tugasku menjulang Islam ke persada agung…. Kau jua sanggup menyekang mata menungguku sambil memberikan aku suatu senyuman terindah di ambang pintu tatkala aku pulang lewat malam…. Malah, kau seringkali meniupkan semangat untuk aku terus thabat di pentas perjuangan ini….Kau tabur bunga-bunga jihad walaupun kita masih jauh dengan haruman kemenangan…

Isteriku..

Tangkasnya engkau selaku suri…Biarpun kau jua sibuk bersama mengembeleng tenaga selaku sayap kiri perjuanganku..Kau jaga teratak kita dengan indahnya… Engkau siraminya dengan wangian cinta dan kasih sayang…. Kau tak pernah menjadikan kesibukanmu itu untuk kau lari dari amanahmu meskipun jadualmu padat dengan agenda-agenda bersama masyarakat dan kaum sejenismu…. Cekalnya engkau mendidik anak-anak…Kau kenalkan mereka dengan Allah, Rasul SAW, Ahlul Bait serta para pejuang Islam… Kau titipkan semangat mereka sebagai generasi pelapis jundulLah…Kau asuh mereka membaca Al Quran…Malah kau temani mereka mengulangkaji pelajaran di kala menjelangnya peperiksaan…

Isteriku…

Barangkali inilah kebenarannya ungkapan keramat…Tangan yang menghayun buaian boleh menggoncang dunia…Andai Saidatina Fatimah binti Rasulullah SAW masih ada..Pasti beliau tersenyum bangga kerana masih ada srikandi Islam sepetimu… WAHAI ISTERIKU SAYANG…

Engkaulah wanita idaman, kelembutan bukan kelemahan,bukan jua diskriminasi Tuhan,tapi sebagai hiasan kecantikan, lahirmu menjadi pujaan,menjadi sayap kiri insan budiman, hiduplah diri dengan hati yang aman, Allah sebagai tempat penyerahan, amal makruf menjadi bekalan, agar hidup sentiasa dalam rimbunan kasih arRahman..

~ semoga menjadi inspirasi kepada semua muslimah.. tanamkan niat dan azam, mudah-mudahan dipermudahkan langkah dan diperkenankan segala impian, InsyaAllah Wa amien ya Rabbal 'Alamien.... (^_^)

2 comments:

..~..WaN PeNaNG..~.. said...

salam...

"Aku memohon cinta-Mu (Ya Allah), cinta sesiapa yang mencintai Engkau & mencintai amal yang membawa aku dekat kepada Engkau"...(Hadis Riwayat at-Tirmidzi)

Islamic_Muslimah said...

Subahanallah..
moga2 kita menjadi wanita solehah, insyaAllah... nice post :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...