Tuesday, July 14, 2009

~ Rahsia membina rumahtangga muslim yang bahagia

Oleh : Ustaz Mohd Khusyairie Marzuki
Pegawai Penasihat Agama UiTM Sarawak

عَن اَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ أَنَّ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَال: تَنْكِحُ المرَأَةَ لِاَرْبَعٍ , لمِاَلهِاَ وَلحِِسَبِهَا وَلِجَمَالِهَا وَلِدِيْنِهَا فاَطْفَرْ بِذَاتِ الدِّيْنَ تَرَبَتْ يَدَاكَ (رواه الشيخان)- متفق عليه


-Maksud : “ Diriwayatkan dari Abu Hurairah Radhiyallahu 'anhu bahawasanya Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam bersabda : Seseorang perempuan itu dipilih untuk menjadi isteri berdasarkan kepada empat ciri-ciri iaitu kerana harta bendanya, kerana keturunannya (kemuliaan keturunan), kerana kecantikannya, kerana pegangan agamanya. Kerana itu pilihlah (berikanlah keutamaan) kepada perempuan yang berpegang teguh kepada agama, nescaya kamu bertuah (beruntung). ( Hadith riwayat Imam Al-Bukhari dan Muslim.)

Sesungguhnya perkahwinan itu merupakan suatu fitrah semulajadi dalam kehidupan manusia bagi memelihara keturunan, sifat ingin dikasihi dan hidup bersama untuk memperolehi kasih sayang, ingin menjalinkan cinta yang berterusan dan ketenangan dalam hati. Namun bagi sesebuah rumahtangga muslim yang bahagia itu ianya bermula dengan pemilihan jodoh yang tepat seperti mana yang dianjurkan oleh Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam dalam hadith di atas.

Bagi mereka yang merancang ingin mendirikan rumahtangga muslim yang bahagia, aspek pemilihan jodoh yang tepat adalah sangat penting. Ini kerana, perkongsian hidup yang lahir nanti akan menentukan nasib sesudah berumahtangga dan menentukan corak hidup dalam masyarakat sama ada mendapat keredhaan Allah SWT atau sebaliknya. Bagi mereka yang bijak, sudah tentu akan mengutamakan calon isteri atau calon suami yang beriman kepada Allah SWT. Apa gunanya hidup kita, sekiranya kehidupan selepas berumahtangga menjadikan diri kita lebih jauh dari rahmat dan kasih sayang Allah SWT.


Apakah hikmah di sebalik saranan Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam memberikan panduan dalam memilih jodoh dengan mengutamakan calon isteri solehah atau suami yang soleh itu? Hikmahnya ialah dengan mempunyai nilai keagamaan itulah seseorang itu dapat memiliki akhlak yang baik, menjadi contoh tauladan kepada anak-anak dan saling bantu membantu dalam rangka untuk membina rumahtangga yang diredhai Allah SWT. Alangkah bahagianya pasangan suami isteri apabila kehidupan alam rumahtangganya sentiasa mendapat rahmat dan kasih sayang Allah SWT. Semua pasangan suami isteri mengidamkan kehidupan rumahtangga yang bahagia, tetapi persoalannya di manakah letaknya kebahagiaan rumahtangga tersebut?Adakah dengan mempunyai kekayaan dan memiliki segala-galanya, kehidupan seseorang itu sudah dianggap bahagia? Berapa banyak sebenarnya kes penceraian yang berlaku setiap tahun di kalangan mereka yang kononnya mempunyai kemewahan hidup semakin ketara? Jadi di manakah kebahagiaan itu sebenarnya ?

Sebenarnya kebahagiaan rumahtangga yang bahagia itu telah jelas ditunjukkan oleh Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam sendiri. Segala-galanya bermula dengan niat yang ikhlas sebelum mendirikan rumahtangga iaitu membina rumahtangga itu adalah semata-mata ingin mencari keredhaan Allah SWT, bukan disebabkan faktor atau dorongan yang lain. Tetapi berapa ramai yang menjadikan matlamat hidup ini untuk mencari keredhaan Allah SWT? Di mana letaknya keberkatan dalam berumahtangga? Apakah pasangan itu sekufu dan apakah neraca yang digunapakai dalam penentuan sekufu atau tidak?

Sekufu di sisi Islam adalah sekiranya pasangan suami isteri mempunyai kefahaman Islam dan matlamat hidup yang jelas, tahu akan tanggangujawab masing-masing bahawa membina rumahtangga muslim itu adalah suatu ibadah, saling merindui rumahtangga yang dirahmati dan diberkati Allah SWT, suami isteri yang saling nasihat menasihati antara satu sama lain dalam rangka mendekatkan diri kepada Allah SWT, cuba mewujudkan suasana rumahtangga yang harmoni, suami yang memberikan didikan agama kepada isteri dan ingatlah isteri yang solehah boleh membawa suami ke syurga.Apakah rahsia membentuk rumahtangga muslim yang bahagia? Ingatlah para isteri yang dikasihi Allah SWT, antara ciri-ciri sifat isteri yang solehah itu apabila dia taat kepada Allah SWT, Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam dan suaminya. Selain itu, menjaga sembahyang lima waktu, berpuasa dan menjaga maruahnya. Maka masuklah dia ke dalam syurga mengikut mana-mana pintu yang disukainya. Berazamlah untuk menjadi isteri yang solehah. Sebaik-baik pemberian ke atas sesebuah rumahtangga itu ialah isteri yang solehah agar dapat membina keluarga sakinah.

Begitu juga, para suami yang soleh, mereka adalah ketua dan pemimpin keluarga, mengajarkan ahli keluarga ilmu-ilmu fardu ain dan ilmu fardu kifayah agar tidak membiarkan isteri mereka berada dalam kejahilan. Suami yang soleh juga akan memberikan makan, minum, pakaian, kemudahan tempat tinggal, memberikan perlindungan dan melayani isteri dengan baik. Suami juga perlu banyak bersabar, menunjukkan contoh yang baik, memberikan nasihat dan tunjuk ajar kepada isterinya, mendidik, menegur isteri dengan penuh berhikmah, saling berlapang dada dan pemaaf.

Namun, apa yang dibimbangi ialah janganlah disebabkan apabila seseorang selepas alam berumahtangga membuatkan dirinya semakin jauh dari rahmat dan kasih sayang Allah SWT. Semasa bujangnya beliau terkenal dengan kuat sembahyang sunat, puasa sunat, berzikir dan bersedekah telah berubah. Kehidupannya berubah menjadi seorang leka dan selalu menyibukkan diri dengan anak isteri, bekerja keras untuk mengumpul harta dan mengejar kemewahan semata-mata untuk keluarga. Alangkah ruginya hidup yang fana ini sekiranya apabila memasuki gerbang rumahtangga itu menjadikan dirinya semakin jauh dari Allah SWT. Titik tolak kebahagiaan rumahtangga adalah bermula dengan pemilihan jodoh yang tepat seperti mana yang disarankan oleh Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam.

Monday, July 13, 2009

Ijtimak Tabligh Sepang

Assalamu'alaykum warahmatullahi wabarakatuh.. (^_^)v

Tidak pasti perasaan saya time baca post ni dalam fikrah.net. Tapi yang saya pasti, seakan ada bisikan kecil yang minta saya untuk post entri ni dalam blog jejak adDin.. Apa-apa 'rasa' pun, moga-moga ada ler satu 'rasa' yang dapat untuk kita sama-sama koreksi diri. InsyaAllah.. bi iznillah.. ~(Membaca pon ader rase ker? ^_^~

Posted by : Ibnu Zubair
Posted: Mon Jul 13, 2009 12:46 pm

Assalamu'alaykumwarahmatullahhiwabarakatuh, AlhamduLillah,berakhir sudah iItima' Tabligh. Tengah malam tadi baru sampai. Teringin nak kongsikan apa yg saya dapat di sana. Subhanallah,terlalu banyak manfaat yg boleh di dapati. Berduyun-duyun manusia membanjiri kawasan KLIA semata-mata untuk mencari kerdhoan Tuhan. Syukur semuanya berjalan lancar.

Jika tuan2 datang untuk mencari kesalahan, maka kesalahanlah yg tuan2 dapat, jika tuan2 datang niat nak belajar dan nak dengar nasihat2 ulama2 dan org2 alim maka manfaat yg besar akan diperolehi. Antara Maulana yg saya perasan dan dengar ialah, Mulana Saad, Maulana zubair, Maulana wahab, Maulana Ahmad Lat, dan Maulana Hamid (Pengetua Madrasah di Sri Petaling). ~(Erm, betul tu.. apa yang kita dapat bermula dari niat kita.. Niat umpama momentum utama dan penting dalam 'pembentukan diri' kita. Sebab tu juga Imam Nawawi menyusun hadist 40 bermula dengan "Niat". dari niat bermulanya tindakan.. tindakan yang menjadi rutin plak, maka lama-lama akan jadi sikap seseorang.. sikap yang berterusan, kesannya akan meng'appear'kan sifat plak.. Sifat tu la 'trademark' yang mencerminkan siapa diri kita. Erm, saya dah lupa-lupa ingat dah teori tu... ader sape ingat, tolong2 ingatkan.. ape erk? Jazakumullah )~

Mereka2 ni alim2 berlaka, kata2 mereka mmg ada nur keikhlasan. Antara nasihat dan ilmu yg saya dapat ialah dari maulana Saad. Beliau bg bayan (penerangan) dengan lemah lembut, rileks dan tenang, beruntunglah mereka yg faham dalam bahasa urdu/hindustan spt syeikh Arradhi.

Antara yg saya dapat ialah, ilmu yakin pada Allah swt. Jangan yakin pada asbab tapi yakinlah semuanya datang dari Allah swt. Cthnya, bila nak periksa, kenapa kita baca buku dulu, patutnya minta pada Allah dulu,baru diiringi dengan usaha, cth lain kita sekarang banyak yakin pada makhluk, spt duit, ramai yg berkata "ada duit boleh selesai masalah" ini adalah perkataan yg tidak membesarkan ALlah swt. Walhal Allah lah yg menyelesaikan masalah,bukannya duit atau sebagainya. Asbab juga tidak boleh di tinggalkan seperti menjalankan perniagaan dll, spt sahabat jika meraka ada masalah mereka akan terus minta pada Tuhan,dan doa mereka di kabulkan cash oleh Allah. ~(SubhanAllah, memberi kesan tul ayat ni.. Innalillahi wa inna ilaihi roji'un.. Benarlah bermula dan akhirnya adalah daripada ALLAH swt.. )~

Amal yg soleh, iman yg sebenar2nya, dan takwa juga adalah faktor terbesar pertolongan ALlah swt. Kita di suruh menjaga iman dan amal untuk mendapat hidayah dan kasih sayang Allah swt, sperti banyakkan solat sunat, zikir pagi petang, baca quran, tuntut ilmu dll. Bila kita beramal kerana Allah, maka Allah akan bertambah sayang pada kita, maka segala apa yg kita minta pasti Allah kabulkan, yang pasti adalah yakin 100%. Sebagai cth yg terjadi pada diri sendiri, masa pergi sana banyak juga duit kena keluar,tapi niat nak korban,padahal duit tu nak guna jugak untuk benda lain, tapi saya belajar yakin, tak kisah duit dah nak habis pun. Pagi tadi dapat sms daripada kawan saya yg barang jualan dah habis jual, jadi boleh ambil duit. Cash je Allah bg, padahal saya tak tahu pun yg barang dah terjual. (~betul3.. sokong sgt2.. Bila kita 'amalul lillah, Menjadikan Allah sebagai matlamat & pergantungan kita.. kompom, Allah takkan & tak pernah kecewakan hambaNYA. Kekadang, satu masa kita minta lain, tapi Allah bagi kita tak sama dengan apa yang kita minta.. sebab Allah nak bagi kita yang lebih 'advance & up to date' dari apa yang kita minta. Umpama kita nak melancong pi sabah, tengok tertinggal tikel kapalterbang. tuptup ada orang sponsor tiket umrah pi Mekah. hehe =) ". Kekadang kita doa nak sesuatu, tapi Allah gantikan yang lebih baik dari apa yang kita doa.. Umpama kita doa hari2, moga-moga dapat kawen dengan anak raja.. tup-tup kawen dengan anak pak imam sebelah rumah.. hihi ^_^. SubhanAllah.. Sayangnya Allah pada hamba2Nya. Allahur Rahmanur Rahim.. )~

Apa yg saya belajar kat sana juga adalah ilmu2 yg kurang ada pada tempat lain. Kami di sini kena belajar2 mujahadah, berwuduk guna satu botol air je. jika nak beli makanan maka kena mujahadah untuk jalan dengan perjalann yg jauh. Tidur pun atas tanah yg ada satu lapisan kain plastik sahaja. Di setiap khemah mmg ada disedaikan kipas tapi tak banyak. Tapi saya tak pernah dengar satu rungutan pun dari jemaah yg hadir. Mula2 mmg panas skit tapi yakin bahawa Allah swt lah yg beri segalanya,maka kena terima seadanya. ~(Teringat butir bicara ustaz Mozairi tem kuliah maghrib, "kalo ada tadarus Al-quran dan perbincangan agama (majlis ilmu), utamakanlah majlis ilmu.. sebab itu lebih aula dan besar fadhilatnya.." )~

Dekat sini juga kami di ajar supaya taat pada amir dan arahan yg di berikan,dan saya tak dengar pula ada rungutan sebaliknya kenayakn dengar dan taat. Amalan sunnah juga di hidupkan pada malam terakhir. Yakni kami solat isyak pada pukul 12 tgh malam. lepas habis bayan, kami di suruh ikram (memuliakan) dan sabar menunggu kawan2 dan jemaah lain yg masih ada urusan dan menunggu mereka untuk solat bersama.

Di sana kita boleh amal macam2 hadis yg daripada nabi, antaranya perasaan syukur. Terdapat pelbagai jenis manusia ada di sana. Apa yg saya lihat, org lumpuh ada, kaki, tangan kudung, bisu, pekak, buta, golongan tua, cacat dan sebaginya. Mereka walaupun tidak sempurna tetapi juga turut bersama2 berkorban. Bagaimana pula dengan kita yg sempurna anggota? Kepada khidmat2 sukarela mereka berkerja tanpa gaji, siang malam berkerja. Khidmat kebesihan ada, makan, jaga jalan parking dll. Memang belajar erti susah payah Nabi2 rasul2 dan sahabat2 usahakan atas agama.

Bila kita dapat agama dengan susah payah maka kesannya sangat tinggi, iman pun meningkat amal pun bertambah. Mmmg ketenangan dan kemasidan dapat dirasai. Mmg best, ianya tidak boleh di rasai dengan hanya melihat dan bersangka2 tetapi kena belajar2 untuk turut serta dan belajar korban. Lepas solat zuhur hari ahad, jemaah mula bersiap2 untuk pulang,makin lama tapak ijtima' makin kurang,perasaan sayu, pilu dan sedih mula terasa. Besar ganjaran yg di terima, apabila kita bertemu dan berpisah kerana Alllah swt. Lepas ni azam sungguh2 keluar 40hari dengan ustaz2. ~( Tetiba teringat zaman muda2 tem iskul menengah dulu.. uhuhu.. )~

InsyaALlah setahun 2 lagi bila dah fasih cakap arab ana azam datang ziarah maulana saad dan nak minta nasihat dan bertanya pada beliau ttg masalah2 yg di hadapi jemaah tabligh. Maulana saad ini syadid juga orgnya tetapi berhikmah. Beliau tidak bg org merakam dan menangkap gambar beliau, masa jemaah2 nak salam pun tidak di beri untuk cium tangannya. Apabila kita mengenal manhaj salaf dan JT mmg tidak jauh beza, cumanya untuk mendapat kefahaman itu semuanya datang dari Tuhan yg memberikan kepada siapa yg Dia kehendaki. Nak cerita dan borak lebih panhang boleh lah boraj dengan ust Arrdahi, ana dapat banyak manfaat bila berbual ttg agama dan manhaj dengan beliau. Moga Allah menerima usaha dakwah kita dan meletakkan kita dikalangan org2 yg membersihakan diri, bertaubat dan org2 yg soleh. Ameen..
Wallahu 'alamWassalamu 'alaykum warahmatullahhiwabarakatuh.. ~(Allahumma amien.. Mudah2an Allah tetapkan hati (iman) dan langkah kita agar sentiasa dekat kearahNYA )~

_________________
"Doakan saya semoga selamat dunia dan akhirat"Ameen...

Sumber :
http://al-fikrah.net/Forums/viewtopic/p=118267.html#118267

Thursday, July 9, 2009

~ Kasihku kerana Rabbi

SubhanAllah walhamdulillah.. Segala puji dan puja hanya selayaknya bagi Allah swt. Dialah yang Maha Agung.. Pemilik zat yang Maha Sempurna. Sesungguhnya, padaNya kita datang dan padaNya jua kita akan kembali... Salam kasih dan rindu padamu ya Rasulullah saw. Insan mustofa kekasih Allah.. Salam mahabbah untuknya Ali Muhammad, para sahabat seterusnya mujahidin fi sabilillah.. Semoga diri kita tergolong bersama-sama golongan yang memperjuangkan agamaNya. Tetap istiqamah atas landasanNya.. Menegakkah kalimahNya dan sunnah baginda saw di dalam kehidupan seharian kita. Allahumma amien..

Sahabatku yang dikasihi Allah...
Untuk kesekian kalinya, dalam ruangan ini, diriku mengutusi.. Menyusun tinta bermadah sepi. Dengan rahmatNya, moga titipan ini menusuk terus ke dalam hati. Tujuanku hanyalah satu.. Kerana kasihku kepadamu.. biasan kasih pada kekasihNya. Sabda baginda saw:-


“ Tidak akan sempurna sebahagian dari iman kamu selagi tidak mengasihi saudaranya melebihi kasihnya kepada dirinya sendiri”

Sahabatku..
Dunia ini hanyalah ladang yang terbentang luas. Kita hanyalah pengembara menuju destinasi abadi. Sedang segala isi dunia hanyalah sebagai pinjaman semata. Begitulah ungkapan yang selalu kita dengar. Lantas, andai semua ini adalah sebagai pinjaman... bagaimana pula nantinya keadaan kita apabila tiba saat segalanya perlu dipulangkan kembali kepada pemilik sebenar? Mampukah kaki berdiri megah mempersembahkan segala yang kita pinjam didepanNya kelak..? Ataukah tesungkur longlai dihadapanNya Al-Khaliq? Yakinkah diri kita menjadi orang yang berada di antara golongan yang kanan? Ataukah menjadi orang yang gementar hatinya lantaran tergolong di antara golongan yang kiri? Allah berfirman dalam kitabNya yang furqan : -


“..Iaitu golongan kanan (orang-orang yang menerima buku catatan amal mereka dengan tangan kanan), alangkah mulianya golongan itu. Dan golongan kiri, (orang-orang yang menerima buku catatan amal mereka dengan tangan kiri), alangkah sengsaranya golongan kiri itu ..” ~ Al-Waqiah: 8-9~

Sahabatku yang ku hormati...
Perjalanan hidup kita hanya sebentar cuma. Kita boleh menghitung usia yang telah beranjak meninggalkan kita, namun kita tidak dapat menghitung berapa banyak lagikah usia yang tinggal. Entah, mungkin esok lusa kita akan menghadap empunya abadi pemilik diri kita.. Diri, jasad dan segala yang ada hanyalah pinjaman dan amanah yang akan dipertanggungjawabkan.

Di saat menanti mahkamahNya, segala bekalan semasa hidup kita akan diperhitungkan. Akan dihisab timbanganya. Namun, cukupkah bekalan amal yang akan kita bawa bersama? Banyakkah amal soleh yang akan kita persembahkan kepadaNya? Dan apakah kita yakin segala amal soleh kita di dunia akan diterima olehNya? Hatta, Syaidina Umar r.a sendiri, antara 10 orang di kalangan para sahabat yang tercatat namanya sebagai penghuni syurga merasa gelisah, gusar andai dirinya seorang munafiq dan dicampakkan ke dalam api neraka. Sedangkan kita?! Yakinkah amal soleh yang dibawa dapat menyelamatkan diri dari dicampakkan ke dalam api yang marak menyala?!. Tepuk dada, tanyalah iman kita. Bagaimana persiapan dan persediaan kita.. sudahkah sempurna?

Sahabatku yang disayangi fillah...
Dirimu terlalu istimewa. Ciptaanmu terlalu indah. Dalam kelembutanmu itu ada ketegasan. Dalam keayuanmu terselit keberanian. Sekalipun hatimu serapuh kaca, namun bukan bermakna dirimu lemah. Tetapi itu bukti hatimu, sentuhanmu penuh kasih sayang.. Ketahuilah, doa seorang yang sarat dihatinya dengan kasih sayang lebih makbul dari hati yang keras. Lupakah engkau, kerana tangan yang mengayun buaian itulah yang bisa menggoncangkan dunia..? Itulah tangan yang penuh kasih sayang.. Di situlah buktinya keadilan tuhan.. Sentisakanlah mempersiapkan dirimu dengan amal-amal yang soleh. Yang hatiya tidak sunyi daripada alunan puji- pujian kepada tuhannya. Yang lidahnya lembut memuji Allah swt setiap saat dan ketika. Di situ pula buktinya dirimu sebagai seorang hamba.. Semoga dirimu kelak tergolong bersama mereka yang berada di barisan kanan..

Sahabatku muslimah..
Ketahuilah, bahawasanya dirimu itu adalah fitnah. Sesungguhnya fitnah yang paling besar adalah wanita. Tatkala kakimu melangkah keluar dari tempatmu.. panahan syaitan itu sentiasa berada dipundakmu. Dirimu sentiasa menjadi perhatian. Maka perelokkanlah lakumu. Jagalah penampilan muslimahmu. Peliharalah auratmu dan nampakkanlah hanya pada yang disyarakkan, iaitu hanya muka dan tapak tangan. Ingatlah sahabatku.. dalam dirimu itu ada satu “amanah” yang wajib engkau jaga. Tika mana terjaganya “amanah” itu, maka terjagalah juga dirimu dan segala perhiasannya.. Lupanya engkau menjaganya, maka samalah juanya engkau cuba meruntuhkannya/mengabaikannya. Natijahnya, jadilah pula engkau umpama bunga jalanan yang mudah dihirup madunya, dipetik sesuka hati oleh tangan-tangan kemungkaran. Itulah Islam sebagai cara hidup yang halus seni pentarbiyahannya. Cara hidup yang terus dari Allah swt untuk hambaNya.

Sahabatku..
Kerana Islamlah dirimu kembali terarah. Kerana Islamlah juga, dirimu yang hina di zaman jahiliyyah terangkat mulia.. Islam telah menaikkan darjatmu sama tinggi dengan kaum adam.. Hanya dalam beberapa aspek hidup, adam mendahuluimu.. dalam urusan nafkah, talak dan faraid umpamanya. Hakikatnya, yang membezakan kita di sisi Allah swt adalah sejauh mana tinggi rendahnya ketaqwaannya. Di situlah letaknya nilaian tuhan. Bukti keadilanNya kepada hamba-hambaNya. FirmanNya:-


“ Sesungguhnya yang paling mulia di antara kamu sisi Allah swt ialah orang-orang yang paling bertaqwa. Sungguh, Allah Maha Mengetahui, Maha Telti”
(QS 49:13)

““Sesungguhnya ALLAH tidak memandang paras rupa kamu, keturunan kamu & harta-harta kamu, tetapi ALLAH memandang pada HATI-HATI & AMALAN-AMALAN kamu.”
(Hadith Riwayat at-Tabrani)


Justeru, tutuplah auratmu dalam erti kata yang sebenar. Tutup dan peliharalah aurat itu seperti apa yang Allah inginkan, bukan seperti yang manusia nilaikan. Tutup tetapi masih memperlihatkan bentuk dan warna kulit, bukanlah mengikut kehendaknya Allah swt. Apatah lagi tutup yang hanya sekadar untuk berfesyen. Yang ada ketikanya, dirimu sopan bertudung litup. Dan di suatu masa yang lain, engkau memperlihatkan perhiasan dirimu pada bukan muhrimmu yang dihalalkan Allah untuk melihatnya..

Sahabatku yang dirahmati Allah...
Mantapkanlah niatmu, hanyasanya menutup aurat itu adalah semata-mata kerana Allah swt. Suatu tuntutan yang wajib engkau laksanakan. Setelah itu, fahamilah pula ‘menutup’ yang bagaimana yang telah digariskanNya. Laksanakanlah mengikut mahunya Allah, bukan mahunya manusia. Sesungguhnya, menutup aurat itu adalah antara wasilah untuk engkau menjaga iman dan dirimu. Yakinlah pada Allah, tuntutan ini bukan tanda driskriminasiNya.. tapi adalah tanda kasih sayang Allah. Bukti keagunganNya. Dia Maha Mengetahui yang terbaik untuk hamba-hambaNya.

“ Sungguh Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui”
(QS 1:30)

“Tetapi boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal itu baik bagimu dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu , padahal itu tidak baik bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui” (QS1:216)

Sahabatku yang dikasihi Allah..
Diriku juga serba kekurangan.. masih lagi bertatih dalam mencari kesempurnaan. Dalam pencarian ini, diriku ingin menghulur tangan.. mengajakmu untuk turut sama berusaha menjadi muslimah yang solehah, mukminah yang bertaqwa. Semoga usaha yang kecil ini mendapat Inayah dan rahmatNya Allah swt. Allahumma amien..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...